fbpx
  1. Home
  2. Tips Untuk Usahawan
  3. Artikel Business Card
  4. Finishing Business Card: Serlahkan Profesionalisme Anda

Finishing Business Card: Serlahkan Profesionalisme Anda

Business Card

Business card bukan sekadar sekeping kertas, ia adalah refleksi pertama tentang diri dan jenama anda. Pemilihan finishing yang tepat boleh menjadikan kad bisnes anda lebih menarik dan cantik. Berikut antara jenis finishing popular yang sering digunakan:

1. Lamination

Lamination ialah lapisan pelindung nipis yang melapisi permukaan kad. Ia bukan sahaja menambah ketahanan, tetapi juga memberi sentuhan eksklusif. Terdapat dua jenis lamination:

Matte Laminate: Kemas dan lembut pada sentuhan, memberikan kesan elegan serta moden.

Business Card

Gloss Laminate: Berkilat dan menyerlah, sesuai untuk reka bentuk yang berwarna terang dan ingin menarik perhatian.

2. Spot UV

Spot UV hanya boleh dilakukan pada kad dengan matte laminate. Ia memberikan kesan berkilat dan timbul pada bahagian tertentu seperti logo atau nama. Teknik ini menjadikan kad bisnes lebih menarik secara visual dan sesuai untuk menyerlahkan elemen penting dalam reka bentuk anda.

3. Hot Stamping

Business Card

Hot stamping juga memerlukan matte laminate, tetapi menggunakan foil berwarna. Biasanya emas atau perak untuk mencipta kesan berkilat yang mewah. Ia memberi sentuhan eksklusif dan premium, menjadikan kad anda Nampak lebih mahal dan berkelas.

Kelebihan Business Card Berkualiti

Business Card dengan finishing yang profesional membantu mencipta impresi yang kuat, meningkatkan kredibiliti jenama, dan membezakan anda daripada pesaing. Ia menunjukkan anda mengambil serius tentang kualiti dan penampilan. Ia juga merupakan satu faktor penting dalam dunia perniagaan yang kompetitif.

Pilihlah finishing yang paling sesuai dengan identiti jenama anda. Kad kecil ini boleh membawa impak yang besar!

Nak tempah business card yang cantik dan berkualiti?

Jangan risau, semua jenis finishing business card yang admin cerita tadi, dari lamination, spot UV sampai hot stamping, semuanya ada di FLEXISPRINT!

Senang je nak order. Anda boleh terus buat tempahan online di flexisprint.my.

Kalau ada apa-apa nak tanya, boleh je WhatsApp kami, atau datang terus ke kedai di Seksyen 2 atau Seksyen 13, Shah Alam, Selangor.

 

Kami sedia bantu! Nak kad simple, elegan, atau eksklusif kilat-kilat, semua boleh settle!

Jadi, dimana hendak saya bertanyakan soalan lebih lanjut? Atau berhubung dengan FLEXISPRINT?

Anda boleh klik buton di bawah untuk berhubung dengan Team Sales FLEXISPRINT ⇓

Tempahan boleh di pos dan warga sekitar Shah Alam juga boleh self pickup di Flexisprint Seksyen 2 dan Seksyen 13 Shah Alam. Anda boleh semak harga di button ini.

Kalau nak walk-in, alamatnya disini:
  • No 14, Jalan Bunga Tanjung 2/16, Seksyen 2, Shah Alam, Selangor
  • No 12, Jalan Balapan 13/32, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor

Singgah, layari dan Follow kami di akaun-akaun ini! Promosi-promosi sticker kami tidak kurang hebat sambutannya disini:

🌸Facebook @Flexisprint

🌸Instagram @flexisprint

Kongsi Pandangan & Pendapat Anda

Recent Posts

Blog Category

Shopping cart0
There are no products in the cart!
Continue shopping
0